Perkahwinan Awal Ashaari Dan Scha Al-Yahya 4 Mei 2012

Pasangan romantik Awal Ashaari Dan Scha Al-Yahya melansungkan majlis pernikahan mereka pada 4 Mei 2012 di Hotel Pullman, Putrajaya Lakeside & resepsi pada 6 Mei 2012 di Putrajaya International Convention Center (PICC).

Persandingan Pernikahan Perkahwinan



Awal Dan Scha

Sebelum ini Awal Ashaari berjaya mencipta kejutan dengan lamaran secara live di Astro Ria hujung minggu lalu dan kini tiba masa pasangan comel ini mengumumkan tarikh hari bahagia.



Update 1: Dibawah ini gambar sekitar majlis akad nikah mereka.

Awal Ashaari Kahwin

Scha Al-Yahya

Awal Ashaari Kahwin

Update 2: Gambar Majlis persandingan

PELAKON Ahmad Awaluddin Ashaari, 31, atau Awal Ashaari dan Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Alyahya, 29, selamat diijabkabulkan pada satu majlis yang berlangsung di Hotel Pullman Putrajaya Lakeside, Putrajaya.



Pasangan tersebut dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Syed Mahadzir Syed Kechik Alyahya dengan disaksikan Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Putrajaya, Mohd. Salman Idrus.

Scha yang kelihatan anggun dengan busana baju kurung moden berwarna putih menerima tujuh dulang hantaran manakala Awal yang segak berbaju Melayu menerima sembilan dulang hantaran.

Scha turut menerima RM2,050 sebagai mas kahwin tetapi pasangan tersebut enggan mendedahkan jumlah wang hantaran kepada umum.


Download Link Klick sini