Resepi Bebola Sardin

Resepi Makanan ringan Bebola Sardin Istimewa

Bahan-Bahan:
1 tin kecil sardin (asingkan kuahnya)
2 biji telur
2 keping roti (disiat kecil-kecil)
serbuk lada hitam
garam secukup rasa

Cara:
Rebus sebiji telur. Hancurkan telur rebus tadi bersama ikan sardin dan gaul rata. Pecahkan sebiji telur, masukkan ke dalam ikan sardin tadi bersama roti yan disiat kecil-kecil. Gaul hingga sebati. Masukkan garam dan serbuk lada hitam. Uli campuran ini menjadi bebola dan goreng sehingga masak.

Cadangan Hidangan:
Sedap dimakan bersama sos atau mayonis. Boleh masukkan hirisan cili merah atau daun bawang dan sup jika suka.