Resepi Cara Buat Keropok Lekor

Cara mudah buat keropok lekor dirumah dengan resepi yang akan saya kongsikan bersama anda semua.

Masakan Resepi Melayu Kini

Bahan-bahan ( 10 org )

1 kilo ikan kembung/ selayang
500 g tepung kanji/ubi @ seeloknya tepung sagu
sedikit garam
beberapa ketul kiub ais/air batu
Air secukupnya (agak2 le)
* boleh campurkn sedikit tepung biasa kalau takut liat ( tp sy x guna pn)

Cara-cara

Asingkan isi ikan dari tulangnya, kemudian tumbuk @ cincang halus2.
Sambil tumbuk halus isi ikan tadi masukkan kiub ais tadi sikit demi sikit.
Gaulkan tepung bersama dengan isi ikan tadi sambil masukkan sedikit garam dan air ( agak2 le).
Akhir sekali uli bahan2 tadi bentuk kan menjadi bulat memanjang dan rebus kedalam air mendidih. bila dah timbul angkat , sejukkan dan bolehlah goreng dan makan..