Rumah Mawi Pula Dirompak Penyamun

Kediaman Mawi atau pun nama penuh beiau Asmawi Ani telah dimasuki pencuri sekitar awal pagi tadi.

Cerita Artis Malaysia Gosip Panas selebriti

Kejadian itu berlaku di kediaman Mawi dan Ekin yang terletak di Bandar Baru Bangi dan sehingga kini masih belum ada maklumat lanjut akan kerugian sebenar.

Mengikut laporan TV3 menerusi Buletin 1.30, Mawi dan ahli keluarganya telah diikat dan barangan bernilai lebih RM10,000 telah dilarikan oleh perompak.

Rumah Mawi Rompak

Mawi ketika kejadian itu berlaku berada dirumah berkenaan bersama Ekin, anak kecil mereka berusia 3 minggu dan juga mak mertua Mawi. Ekin ketika ini masih berpantang selepas melahirkan Cahaya Malaika sekitar hujung Februari yang lalu. Maklumat lanjut bakal menyusul. (26 mar 2012)