Senjata Lama Punca Serangan Api Misteri

Beberapa senjata lama termasuk sebilah pedang berlumuran darah yang tertera kalimah cuci mungkin menjadi punca api misteri yang menyerang rumah Zainab di Kampung Penambang Bunga Emas, Kota Bharu.

Misteri Pelik Aneh Senjata Lama

Seorang pengamal perubatan tradisional mendakwa serangan api misteri di rumah seorang warga emas di Kampung Penambang Bunga Emas di sini dipercayai berpunca daripada beberapa bilah senjata lama yang disimpan di rumah tersebut.

Beliau yang hanya mahu dikenali sebagai Habib Din berkata, tujuh senjata berkenaan termasuk golok, pisau dan sebilah pedang lama yang disimpan di dalam rumah Zainab Sulaiman, 75, mempunyai aura panas jika tidak dipulihara dengan baik.

Menurutnya, keadaan rumah warga emas tersebut menjadi semakin ‘panas’ apabila pedang lama tersebut bukan sahaja mengandungi kesan darah kering malah tertera kalimah suci.

“Saya minta Mok Nab (Zainab) mengeluarkan semua senjata lama itu kerana dari segi ilmu perubatan tradisional, barangan lama ini terutamanya pedang berunsurkan besi mempunyai aura panas.

“Pedang tersebut mungkin merupakan punca kemunculan api misteri tersebut kerana kebanyakan senjata lama memerlukan cara tertentu untuk menyimpannya,