Tarikh Pengumuman Gaji Minima Pada Hari Buruh 1 May 2012

Salam 1Malaysia..Pastinya ramai yang tertanya-tanya apakah status berkenaan gaji minimun sektor swasta. Sebab ada yang menentang dan ada yang menyokong akan perlaksanaannya. Yang sokong sudah tentulah para pekerja. Bagaimana pula dengan majikan? Sudah tentu membangkang bukan.

Gaji Minimum

Namun spekulasi mengenai gaji minimum sektor swasta nampaknya semakin ke kemuncak. Apabila PM sendiri sudah bersuara sudah tentu akan ada pengumuman mengenainya tidak lama lagi. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau akan membuat pengumuman mengenai gaji minimum pada sambutan Hari Pekerja pada 1 Mei ini. Jadi sabar sahajalah. Lambat atau cepat biarlah apa yang beliau akan bentangkan itu berbaloi dan mencapai kehendak sebenar semua pihak.