Tonton Mentor 6 Online Streaming

Menampilkan ratu rock negara, Ella sebagai salah seorang mentor kali ini, lima lagi penghibur terkenal turut dibawa masuk termasuk Ramlah Ram, Faizal Tahir, Ferhad, Fauziah Datuk Ahmad Daud dan bintang muda juga kelahiran program realiti, Adam.

Rakaman Video mentor 6



Tonton dalam full screen mode..

Watch Tv3 Online




Musim keenam, Mentor yakin dengan bakat wajah baru yang bakal menjadi pelapis bagi terus menjadi kesinambungan pentas nyanyian tempatan.

Penuntut jurusan Pengarahan Teater di Universiti Teknologi Mara yang punya pengalaman luas dalam lapangan persembahan teater, Anas Ridzuan antara menjadi pertaruhan mentornya, Faizal Tahir.

Punya vokal tersendiri dengan penampilan bersahaja, Anas bakal bertaruh nasib dengan gadis berusia 20 tahun kelahiran Tanah Merah, Kelantan, Puteri Caroline yang bertuah mendapat bimbingan Ella.

Noor Nazatul Farahin dari Bedong, Kedah berusia 23 tahun pula mewakili mentornya, Fauziah Ahmad Daud bersama Ana Syuhada Noor Asram di bawah pengawasan Ramlah Ram.

Gadis muda berusia 18 tahun kelahiran Labuan, Sabah, Salwani Sawi lebih awal membuktikan kekuatan vokal lantang dan jelas. Berdiri sebagai protege Ferhad, Wani yang menyifatkan mentornya itu penyanyi versatil dilihat bakal menjadi saingan kepada anak muda lincah menari, Abd Kadir Haji Unding Lana, protege Adam.

Sesi perkenalan membuka ruang buat mereka menyanyi di depan teman media dan tetamu yang hadir petang itu dilihat sebagai peluang terbaik bagi menguji tahap keyakinan masing-masing sebelum melangkah ke gelanggang yang sebenar.