Watch My Way Full Movie Korea Online Streaming

Filem My Way ini adalah filem yang diilhamkan dari kisah peperangan Korea.. Sebelum ini Korea terkenal dengan filem dan drama-drama romantik, kali ini mereka keluar dengan wajah baru.. Iaitu filem berbentuk peperangan..

Korea Online Movie My Way Ma-i We-i



Tayangan Dipawagam Malaysia 19 April 2012

Untuk muat turun filem ini klick Download


Filem My Way ni dikatakan menceritakan tentang perang dunia kedua.. Dan Filem ini dibarisi oleh pelakon pelakon otai ataupun hero-hero lama dari filem-filem Korea yang dulu..


Sinopsis:

Sebuah filem berdasarkan kisah benar peristiwa perang dunia kedua ini bermula dengan pertemuan dua pemuda dari dua Negara. Jun-Shik (Jang Dong-Gun), pemuda Korea yang bercita-cita ingin menjadi seorang jaguh marathon seperti idolanya dan Hasegawa Tatsuo (Joe Odagiri), pemuda Jepun yang mempunyai kehebatan larian seperti Jun-Shik.

Mereka bertemu sebagai musuh pada zaman kanak-kanak lagi apabila masing-masing mahu menunjukkan kehebatan larian mereka. Namun segalanya berubah apabila Jun-Shik dan rakan baiknya Kim In-Kwon (Lee Jong-Dae) dikerah menjadi tentera Jepun akibat rusuhan yang mereka lakukan ketika kemenangan yang sepatutnya milik Jun-Shik, diberikan kepada Tatsuo dalam pemilihan marathon Olimpik Tokyo. Lebih menyakitkan apabila Tatsuo pula mengetuai tentera Jepun sebagai Kolonel.

Penglibatan mereka berdua dalam peperangan dunia kedua telah merapatkan jurang permusuhan, lebih-lebih lagi apabila tentera Jepun kalah kepada tentera Soviet dan memaksa Tatsuo melucutkan jawatannya dan menjadi tawanan perang tentera soviet bersama Jun-Shik. Mereka dikerah bersama tawanan perang yang lain untuk berperang dengan tentera Jerman sehingga menyebabkan perpisahan terjadi antara keduanya dalam peperangan paling teruk dalam era perang dunia kedua.

Tatsuo yang mula menyedari sikapnya yang mementingkan diri akhirnya berjaya bertemu kembali dengan Jun-Shik apabila mereka sama-sama berada di kem tentera Jerman di Normandy, France. Kali ini mereka sepakat untuk melarikan diri dari kem tentera tersebut dan kembali ke Korea untuk meneruskan cita-cita mereka menjadi jaguh marathon.

Berjayakah misi mereka? Saksikan perjalanan perit yang diharungi oleh dua pemuda ini yang dahulunya musuh kini bergantung harapan sesama sendiri demi mencapai impian mereka yang satu.