YouTube Versi Malaysia Dilancarkan

Domain YouTube.com.my kini sudah pun kelihatan aktif, dan membawa kepada laman utama YouTube berbeza dengan sebelum ini. Ini sekaligus memperlihatkan pelancarannya yang semakin hampir.


Video Melayu Malay Malaysia

Melalui pelancaran YouTube versi tempatan kelak, ia bakal menawarkan pencarian dan penemuan kandungan tempatan dengan lebih mudah, disamping membawakan YouTube Partners kepada para pengguna dan mereka yang menghasilkan kandungan video di Malaysia.

Perkara ini semestinya bakal menjadi salah satu pemangkin kepada pembangunan kandungan berbentuk video di Malaysia kelak.

Kini secara rasmi Youtube merupakan salah satu media untuk penyebaran kandungan digital hasil karya dan ciptaan anak tempatan.

Youtube telah menandatangani sebuah perjanjian dengan Music Author’s Copyright Protection (MACP) untuk membolehkan pemuzik & artis di Malaysia menjana pendapatan melalui perkongsian hasil iklan di Youtube.

Menurut Pengarah Pengurusan Produk Asia Pasifik untuk Youtube, Adam Smith berkata ini pertama kalinya artis & pemuzik di Malaysia bakal menerima hasil dan pendapatan menerusi pengiklanan di Youtube dengan karya mereka.