Aceh Dilanda Gempa Bumi Kuat 11 April 2012

Indonesia mengeluarkan amaran tsunami ekoran gempa bumi kuat berukuran 8.7 pada skala Richter, melanda sebelah barat daya wilayah Aceh petang ini, mencetuskan rasa panik di kalangan penduduk tempatan.



Gegaran sekitar jam 4.48 petang itu turut dirasai di kawasan Lembah Klang - Kuala Lumpur, Petaling Jaya dan Shah Alam serta di utara Semenanjung - Pulau Pinang, Perlis dan Perak.

Agensi Survei Geologi Amerika Syarikat (USGS) berkata, gegaran berpusat di kawasan laut 495 kilometer (km) ke barat daya Aceh, sedalam 33 kilometer.

Gegaran juga dirasai di Singapura, Thailand dan selatan India, lapor Reuters.

Gempa hari ini juga dilaporkan berhampiran dengan lokasi gegaran pada 2004 yang mengakibatkan sekitar 250,000 terbunuh di 13 buah negara. Seramai 170,000 orang terbunuh di Aceh sendiri.

Magnitud gegaran lapan tahun lalu itu adalah 9.1 dan dikesan di kawasan laut sedalam 30 kilometer.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian tersebut dan berkata gegaran turut dirasai di beberapa kawasan sekitar Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Perak.

Gegaran dirasai kira-kira pukul 4.50 petang.


Update;

1) Gelombang tsunami telah dipkesan di Meulaboh, Provinsi Aceh, Indonesia pada 2012/11/04 pada 10:07 UTC. Ketinggian gelombang tsunami ialah 1.06 meter (3.5 kaki) Gelombang seperti ini mungkin mampu membuat kemusnahan.

2) Gelombang tsunami juga telah dikesan di Ko Taphao Noi, Phuket Province, Thailand pada 2012/04/11 pada 11:43 UTC. Ketinggian gelombang tsunami adalah 0,05 meter (0.2 kaki). Ini adalah tahap yang rendah, bukan gelombang pemusnah.