Bahaya Pengguna Android Yang Harus Anda Tahu

Kadang-kala peralatan canggih boleh diubah menjadi perumah kepada penjenayah keselamatan maya. Tetapi bagaimana pengguna dapat mengelakkan ‘jangkitan’ dan ‘perebakan’ yang berlaku dalam telefon pintar atau komputer tablet?

Android app Virus

Biasanya apabila anda berfikir mengenai virus, spyware atau apa-apa ancaman keselamatan siber, tentu saja anda terfikirkan mengenai komputer peribadi.

Kerana majoriti serangan siber biasanya berlaku dalam komputer peribadi. Malware di telefon mudah alih? Atau komputer tablet? Bolehkah berlaku? Sememangnya boleh berlaku terutamanya jika peralatan mudah alih anda menggunakan sistem operasi seperti Android.

Menurut Juniper Networks, contoh malware Android meningkat dengan mendadak sehingga 472 peratus dalam tempoh Julai sehingga November 2011.

Penggodam telah mengisytiharkan perang terhadap Android dan sebagai pengguna mungkin mereka terkena tempiasnya. Bak kata Sun Tzu dalam Seni Peperangan, ‘jika anda kenal musuh anda, anda boleh menang beratus-ratus peperangan tanpa kalah’.

Di sini terdapat lima musuh utama yang perlu pengguna Android ketahui dan bagaimana untuk mengalahkan mereka dalam permainan ini.

SMS Trojans

Menurut laporan Juniper yang sama, hampir separuh aplikasi seakan-akan Android yang berniat jahat yang beredar sekarang adalah SMS Trojan yang menghantar mesej teks dalam latar belakang (tanpa pengetahuan pengguna) kepada beberapa nombor telefon yang dimiliki penggodam.

Akibatnya sebagai pengguna anda terbeban dengan bil bulanan yang melambung. Jalan terbaik untuk menghentikan SMS Trojan adalah dengan mengelak terkena jangkitannya.

Justeru gunakan bantuan keselamatan Android yang direka khusus bagi memerangi semua serangan yang menimbulkan ancaman. Jangan menggunakan aplikasi yang kelihatan mencurigakan atau kelihatan amat sempurna dan baik.

Carrier IQ

Penghujung tahun 2011, penyelidik mendapati rootkit pembangun perisian Carrier IQ beroperasi pada berjuta-juta peralatan mudah alih.

Walaupun kelihatan tidak mencurigakan, kod berkenaan dilaporkan merekodkan lokasi termasuk kata laluan.

Malangnya semua ini berlaku tanpa pengetahuan pengguna dan tanpa pilihan melumpuhkan penggunaanya. Bagi mengawal ancaman berkenaan dapatkan Carrier IQ Test, aplikasi percuma yang dapat mengesan dan membuang perisian yang tidak dibenarkan.