Buaian Pusing Guna Tenaga Manusia

Ferris Wheel atau Buaian Pusing bukanlah perkara baru di negara kita. Kalau masa kecil kita akan rasa seronok apabila ada tapak pesta sementara sedang didirikan berhampiran dengan kawasan perumahan anda. Biasanya orang cakap "Fun Fair".

Fun Fair

Objek yang paling menarik mata kita masa itu adalah Ferris Wheel yang berbentuk biasanya mempunyai struktur roda besar yang tinggi dan diletakkan di tengah-tengah tapak pesta.

Sesiapa yang berada berhampiran atau sekadar melalui kawasan tapak pesta tersebut sudah tentu akan terpandang dengan permainan tersebut yang digerakkan dengan enjin diesel.

Video di bawah, menunjukkan bagaimana beberapa orang pekerja bersungguh-sungguh menggerakkan Ferris Wheel memgunakan tenaga manusia dengan gaya dan cara tersendiri.