Justin Bieber Tiruan Rayu Gadis Buat Seks

Seorang lelaki Kanada didakwa menyamar sebagai penyanyi remaja kegilaan ramai, Justin Bieber untuk memujuk gadis beraksi memberahikan online di lima negara, kata pihak berkuasa di Kanada dan Amerika Syarikat.

Justin Bieber

Lee Moir, 34, berdepan pelbagai dakwaan melakukan pornografi kanak-kanak hasil interaksi dengan kanak-kanak berusia 12 tahun dari New Jersey tetapi pegawai penyiasat mengesyaki aktivitinya lebih meluas.
“Ini siasatan berterusan tetapi kami percaya lebih ramai mangsa lagi ada di Amerika dan negara lain,” kata jurucakap pendakwa Essex County, Katherine Carter.
Moir dipercayai menjalin hubungan dengan gadis sunti di Kanada, Australia, Perancis dan Filipina tetapi belum ada pertuduhan dibuat di sana, katanya. Moir berdepan beberapa pertuduhan di Kanada sejak ditahan pada 4 April lalu.

Polis Toronto menuduh Moir menyamar sebagai Bieber, penyanyi pop yang mempunyai peminat remaja dan meyakinkan mangsa merakamkan aksi seks dalam kamera webnya.