Kepala Lelaki Mabuk Digilis Lori

Lelaki mabuk yang berlegar-legar dijalanan ini akhirnya pengsan lalu digilis lori yang lalu dijalan tersebut. semua orang harus ambil iktibar dari video ini tak kira islam atau bukan kerana minum minuman memabukkan jelas memudaratkan dan mampu mengundang mara bahaya..

Aibat Mabuk



Abul Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Abdullah bin Umar r.a. berkata:

"Akan dibangkitkan pada hari kiamat orang peminum khamar itu bermuka hitam, biru matanya, keluar lidahnya sampai kedadanya, mengalir air liurnya, tiap orang yang melihat akan jijik padanya kerana busuk baunya. Kamu jangan memberi salam kepada pemabuk dan jangan melawatnya jika mereka sakit dan jangan menyembahyangkan jika mati." m asruq berkata: "Peminum khamar itu seperti penyembah berhala, jika ia menganggap halal khamar."


Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Akan keluar peminum khamar itu pada hari kiamat dari kuburnya lebih busuk dari bangkai sedang botol khamar itu dikalungkan dilehernya dan gelas ditangannya, sedang diantara kulit dan daging badannya penuh ular dan kala dan memekai kasut dari api yang mendidihkan otaknya, sedang kuburnya akan berupa liang neraka dan menjadi kawan Fir'aun dan Haman."