Khairul Fahmi Che Mat Bercerai Kasih

Khairul Fahmi Che Mat atau lebih dikenali dengan nama Apek telah putus dengan Dahlia Teck. Dalam erti kata lain, Apek kini sudah single mingle.

Putus Cinta

Kata Apek kepada wartawan URTV:-

Saya dah tak ada awek. Saya sekarang sudah single. Dalam keadaan sekarang, saya nak tumpukan perhatian kepada kerjaya dan keluarga saya dulu. Malas nak bercerita tentang cinta yang sudah tidak berpanjangan.

Apabila ditanya adakah punca perpisahannya dengan Dahlia Teck kerana kewujudan orang ketiga, Apek berkata:-

Apa sebenarnya tentang kami, cukuplah saya dan dia yang tahu. Tidak ada punca orang ketiga. Saya lebih senang bersendiri dulu kalau nak memikirkan soal cinta.

Dan ada berita baik untuk peminat bola sepak Malaysia, dengan tamatnya kisah cinta Apek dan Dahlia Teck, kini Apek berkata yang dia akan memfokuskan 100% kepada kerjanya sebagai penjaga gol. Semoga prestasi Apek selepas ini akan lebih meningkat sekaligus menaikkan ranking pasukan bola sepak Malaysia yang merudum jatuh baru-baru ini.