Konsert Maher Zain Kuala Lumpur 2012

Maher Zain akan turun untuk membuat konsert besar-besaran sekali lagi di Kuala Lumpur tidak lama lagi. Ini semua bersempena dengan pelancaran album barunya yang bertajuk “Forgive Me”.

Concert Maher Zain


Selepas menggegarkan Stadium Perpaduan Kuching, Sarawak pada 19 November lalu, penyanyi yang berjaya mencetuskan fenomena menerusi lagu berunsur ketuhananitu akan kembali mengadakan konsert di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada 16 Jun 2012 pada jam 8 malam.

Menariknya konsert kali ini, penyanyi yang berasal dari Lubnan ini bukan saja menyanyikan lagu popularnya seperti IshaAllah, Thank You Allah, Palestine Will Be Free dan Baraka Allahu Lakuma tetapi juga akan menyampaikan lagu dari album terbarunya yang berjudul Forgive Me, termasuk single pertama, Number One For Me.

Konsert anjuran Marctensia Concerts dan Awakening Entertainment pastinya amat dinantikan oleh peminatnya di sini kerana kali terakhir Maher mengadakan konsert berskala mega adalah sekitar Februari tahun lalu iaitu Maher Zain Live in Concert - Mercy To Mankind di Stadium Malawati, Shah Alam.

Bagi peminat Maher yang tidak sabar untuk menyaksikan konsert itu, tiket berharga RM298, RM238, RM138 dan RM78 boleh didapati menerusi pembelian secara talian iaitu di www.ticketcharge.com.my atau hubungi talian 03-92228811.