Konsert Reunion Cromok Di KL Live 8 April 2012

Konsert Cromok Reunion bakal berlangsung pada pukul 4 petang 8 April ini di KL Live Center, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur.

Cromok 2012

Konsert anjuran bersama Clockwork Events dan Uncang Tiga itu juga bakal meraikan ulang tahun ke-25 kewujudan kumpulan itu.

Kumpulan yang ditubuhkan pada tahun 1987 dan pernah menempa nama di Australia dan seluruh rantau di Asia itu kini hanya menyaksikan Karl, Sam dan Miji sahaja sebagai anggotanya, memandangkan seorang lagi anggotanya, iaitu Din atau nama sebenarnya Khairuddin Mohamad sudah meninggal dunia pada tahun 1997.

Menurut Karl atau nama sebenarnya Khairul Anuar Salleh, dia bersetuju untuk kembali menghidupkan Cromok semula kerana begitu merindui bermain alat muzik selain mengakui ingin mengubat rindu peminat tegar mereka.

Tiket Konsert Cromok Reunion Live In KL Live 2012 akan dijual pada harga RM98 dan RM138. Tiket boleh didapati menerusi www.ticketpro.com.my atau hubungi talian 03-7880 7999. Pembeli tiket yang berharga RM138 akan menerima baju-T eksklusif daripada Cromok.

Jom terjah ke studio latihan cromok dan dengarlah petikan gitar ‘Another You’ yang dipersembahkan secara eksklusif buat anda semua..