Lelaki lumpuh Rogol Budak Bawah Umur

Pelik tapi mungkin ianya benar, seorang lelaki lumpuh dituduh merogol seorang budak perempuan bawah umur.

Melampau

KUALA TERENGGANU – Bekas jurulatih skuba yang lumpuh daripada paras pinggang ke bawah berdepan dengan tiga tuduhan merogol seorang pelajar berusia 15 tahun di Mahkamah Sesyen di sini semalam.

Tertuduh, Mohd. Sapawi Ismail, 27, yang lumpuh secara tiba-tiba ketika melakukan latihan skuba di Pulau Redang di sini pada 2010 tenang ketika pertuduhan dibacakan ke atasnya di hadapan Hakim Zainal Abidin Kamarudin.

Menurut pertuduhan pertama, Mohd. Sapawi dituduh merogol seorang gadis berusia 15 tahun pada 27 November 2011 antara pukul 8 hingga 11 malam di rumah bernombor 1403, Kampung Beting Lintang, Kampung Raja, Besut di sini.


Bagaimana lelaki yang lumpuh dari paras pinggang ini mampu melakukan pekara seperti ini. Sesuatu yang luar biasa dan kita tunggulah kes ini selesai dibicarakan dimakamah nanti..