Najib Umum Kadar Gaji Minimum RM900

Setelah sekian lama menunggu,seluruh rakyat malaysia bolehlah menarik nafas lega apabila pengumuman kadar gaji minimum Sebanyak RM900 telahpun diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak di Putra Jaya malam tadi.



PUTRAJAYA — Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menyifatkan kadar gaji minimum bagi sektor swasta yang diumum kerajaan dapat membela nasib pekerja khususnya yang berada di bawah garis kemiskinan.

Presiden MTUC Mohd Khalid Atan berkata keputusan itu jalan terbaik untuk membela nasib mereka pada masa depan, selain meningkatkan semangat untuk mereka bekerja lebih tekun sekali gus membantu kerajaan mencapai sasaran menjadi negara maju berpendapatan tinggi pada 2020.

"Ia adalah permulaan bagi pekerja swasta di negara ini kerana dengan keputusan itu mereka tidak akan lagi dibayar di bawah kadar gaji minimum yang diumumkan oleh kerajaan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis pengumuman Gaji Minimum Sektor Swasta oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, di sini malam tadi.

Beliau berkata pengumuman gaji minimun itu juga merupakan satu petanda baik selain menjadi kebanggaan pihaknya kerana perjuangan selama ini menjadi kenyataan.

Pada majlis itu Najib mengumumkan kadar gaji minimum kebangsaan bagi sektor swasta RM900 sebulan atau RM4.33 sejam untuk Semenanjung, manakala Sabah, Sarawak dan Labuan pula pada paras RM800 atau RM3.85 sejam. Mohd Khalid berkata juga berharap kadar gaji minimum itu dapat disemak dalam tempoh yang munasabah di masa depan.

"Kita juga harap pelaksanaan kadar gaji minimum itu akan berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah,” katanya.