Nama Sebenar Aaron Aziz Bukan Mat Haron Mustapha

Selebriti terkenal Aaron Aziz Mustafa dikejutkan dengan berita penyebaran kad pengenalan singapura yang dikatakan miliknya dengan nama Mat Haron Mustapha Bin Mat Aziz Mustafa. Persoalanya adakah Aaron Aziz Mustapha itu benar-benar nama sebenarnya..

Aaron Aziz Mustafa

Bagaimanapun Aaron Aziz telahpun membuat penafian itu di beberapa ahbar tempatan hari ini..

“Nama saya Aaron Aziz Mustafa, bukan Mat Haron Mustapha Mat Aziz Mustafa.
“Saya kecewa dengan tindakan individu tidak bertanggungjawab mereka-reka nama baru itu sebelum menyebarkannya di Internet,”


Kata Aaron, sejurus membuka laman hiburan itu, dia terkejut selepas mendapati tuduhan mengatakan nama sebenarnya ‘Mat Haron Mustapha Mat Aziz Mustafa’ dan dia difitnah menipu peminat dengan nama sebenarnya.

Wartawan Harian Metro yang turut melayari forum terbabit dan melihat kad pengenalan itu mendapati Aaron dikritik hebat di rangkaian laman sesawang terbabit sebelum namanya itu dipermainkan.


Menurut Aaron, perbuatan individu itu sangat dikesali kerana memperlekehkannya dan dia menegaskan nama sebenarnya Aaron Aziz Mustafa bukan seperti didakwa.

Aaron

Aaron berkata, kad pengenalan tiruan itu turut disebarkan di beberapa laman sosial lain seperti facebook dan twitter sehingga mendapat perhatian ramai.