Makanan Berlauk Lipas Jadi Santapan

Tiga sekeluarga yang sedang enak menjamu selera di sebuah kedai makan di Bandar Baru, Kuala Kangsar tersentak apabila salah satu pinggan hidangan mereka turut ‘disajikan’ dengan seekor lipas mati.

Kedai Makan Kotor

Che Abidin Ajib, 52, mendakwa insiden itu berlaku pada jam 10.30 pagi sewaktu dia bersama isteri dan anak lelakinya menikmati sarapan pagi di kedai berkenaan.

Beliau yang menetap di Sungai Siput bersama keluarganya mendakwa selalu mengunjungi kedai makan tersebut yang dikendalikan oleh warga Kemboja yang sudah lama menetap di negara ini.

Admin:Setakat ini tak pernah terkena benda-benda macam ni. Mintak dijauhkanlah..