Penawar Diabetes Dari Kulit Kayu Manis

Kulit kayu manis sering digunakan sebagai ramuan untuk menyedapkan makanan namun tumbuhan itu juga mempunyai nilai kesihatan kerana mampu mengubat penyakit diabetes.

Info kesihatan

Kandungan amorfrutin yang terdapat dalam kulit kayu manis memiliki bahan antidiabetes.

Amorfrutin berperanan mengurangkan kadar gula dalam darah selain menaikkan kebolehan insulin untuk memproses glukosa semasa badan seseorang memproses makanan secara metabolisme.

Pakar perubatan Institut Planck Bax, Berlin, Jerman, Sascha Sauer berkata, kulit kayu manis juga bersifat ala insulin yang membantu mengurangkan paras glukosa darah dan kolesterol pesakit diabetes.

Kenali Apa itu diabetes


1. Apakah DIABETES ?

Diabetes adalah satu keadaan di mana paras gula dalam darah adalah timggi. Ini di sebabkan oleh berlakunya kekurangan insulin atau pun insulin tidak dapat bertindak dengan berkesan olleh sebab tertentu. Insulin merupakan sejenis hormon yang di hasilkan pancreas bagi mengawal paras glukosa darah. Dengan kata lain, insulin adalah sejenis bahan dalam badan yang merendahkan paras gula dalam darah dengan meningkatkan penyerapan gula ke dalam sel-sel badan.



2. Bagaimana DIABETES berlaku?

Pada keadaan normal, makanan yang di makan akan ditukar dalam bentuk gula iaitu glukosa. Insulin akan membantu menggunakan glukosa sebagai sumber tenaga. Insulin amat di perlukan untuk menukarkan gula kepada tenaga dalam badan apabila berlaku kekurangan insulin atau fungsi insulin terjejas. Paras gula dalam darah akan meningkat di sebabkan kegagalan tubuh memproses gula dan kegagalan untuk menyingkirkannya dari salur darah. Ini menyebabkan nerlakunya diabetes.



3. Siapa Berisiko Tinggi Mengidap DIABETES?

i. Faktor keturunan (genetik)

Jika salah seorang daripada ibubapa menghadapinya 10%-20% kemungkinan anak akan menghadapinya. Jika kedua-dua ibubapa menghadapinya, risiko akan menjadi lebih tinggi iaitu antara 30%-50%.

ii. Berat badan yang berlebihan (obesiti)

Diabetes kerap berlaku di kalangan mereka yang berlebihan berat badan di mana Indek Jisim Tubuh (BMI) melebihi 30.

iii. Kurang bersenam

Mereka yang tidak atau kurang bersenam mempunyai risiko yang tinggi mendapat diabetes.

iv. Mengamalkan pemakanan tidak sihat

Mengambil makanan yang tinggi lemak dan gula serta pengambilan makanan yang mengandungi kurang serat meningkatkan risiko terhadap penyakit diabetes.


4. Petanda dan Gejala Penyakit DIABETES

i. Mudah merasa letih

ii. Kerap merasa dahaga

iii. Kerap membuang air kecil

iv. Berat badan turun mendadak

v. Luka lambat sembuh

vi. Mudah terkena jangkitan kulit

vii. Kebas pada jari kaki atau tangan

Tidak semua penghidap diabetes mempunyai gejala ini.


5. Bagaimana DIABETES Di tentukan

Diabetes boleh di tentukan dengan ujian darah dan juga melalui ujian air kencing. Pesakit dikatakan mempunyai diabetes apabila bacaan gula di dalam darah mencapai 7.0 MMOL/L keatas. Seseorang itu dikatakan mengalami pra-diabetes sekiranya bacaan gula berada dalam lingkungan 5.6-6.9 MMOL/L.


6. Komplikasi DIABETES

Serangan jantung

Mereka yang mengidap diabetes lebih berisiko mengalami serangan sakit jantung atau strok di mana diabetes antara penyebab utama penyakit jantung koronari.

Penyakit buah pinggang

Diabetes adalah punca utama kegagalan fungsi buah pinggang dan penyebab utama rawatan dialisis.

Gangren di kaki

Diabetes boleh menyebabkan aliran darah tidak sempurna di kaki. Gangren (tisu mati), kudis yang menular yang menyebabkan kaki terpaksa di potong.

Penyakit urat saraf
Tekanan darah tinggi
Gangguan penglihatan
Angin ahmar

7. Rawatan DIABETES

Diabetes tidak boleh sembuh, tetapi boleh di kawal. Untuk mengawal diabetes, paras glukosa dalam darah hendaklah berada pada paras yang normal.

Cara mengawal diabetes :-

Ways of controlling diabetes:-

i. Mengamalkan pemakanan yang sihat

Makan dengan kerap tetapi sedikit. Elakkan makanan berlemak, kuih muih yang manis dan minuman yang berperisa serta bergas. Juga elakkan snek atau makanan ringan selepas makan.

ii. Lakukan aktiviti fizakal (bersenam)

Senaman akan membakar lemak-lemak dalam badan serta memperbaiki edaran darah dan menguatkan jantung.

iii. Makan ubat yang sesuai