Pengacara Gossip Popular Pijak Muka Wanita Di Pusat Hiburan

Dunia hiburan Malaysia gempar lagi apabila ada laporan yang menyebut seorang pengacara rancangan gossip popular serang wanita di pusat hiburan.

Pengacara Melodi


Seorang pengacara rancangan gosip popular berusia 28 tahun bertindak menyerang seorang wanita yang sedang meraikan hari lahir rakannya dalam sebuah pusat hiburan di Jalan Sultan Ismail, di sini, dengan memijak muka mangsa menggunakan kasut tumit tingginya dalam kejadian awal pagi semalam.

Akibat perbuatan pengacara wanita terbabit yang juga bergelar pelakon dan pernah membintangi beberapa siri drama serta telefilem itu bersama beberapa rakannya menyebabkan mangsa yang berusia 20-an cedera di kepala dan terpaksa dirawat di Hospital Ampang (HA).


Menurut laporan sebuah akhbar hari ini, pengacara popular itu pernah juga berlakon dalam beberapa drama juga telemovie sebelum ini.

Mangsa yang berusia sekitar 20-an cedera di kepala dan terpaksa dirawat di Hospital Ampang (HA) & spekulasi mula bertebaran yang mengatakan pengacara itu adalah Dira Abu Zahar, dari Melodi.

Bagaimana Dira telahpun mebuat penafian berkaitan spekulasi ini. Setakat ini masih belum dapat info siapakah pengacara ganas tersebut..