PerKhidmatan Jadi Cina Buta 1 Bulan

Bagi yang menemrlukan khidmat ini kadar bayaran yang dikenakan sebayak RM2,000 hingga RM10,000 selama sebulan sebelum diceraikan.

Cina BUta

Sekumpulan lelaki menjadi pak sanggup atau cina buta semata-mata mengidamkan imbuhan lumayan mencecah RM10,000 serta berpeluang bermalam dengan isteri ekspres bagi memuaskan nafsu selama sebulan sebelum diceraikan.

Dengan imbuhan serta pelbagai barangan mewah lain diberikan isteri ekspres masing-masing, kumpulan cina buta terbabit tidak kisah dilabel dengan gelaran itu, malah memberi alasan ia bukan perkara mendatangkan kesalahan kerana segala-galanya dilakukan mengikut syarak.

Bagi memudahkan pelanggan terdesak menghubungi mereka, kumpulan cina buta terbabit mendedahkan identiti serta maklumat peribadi berserta nombor telefon masing-masing dalam laman web.

Seorang daripada cina buta yang hanya mahu dikenali sebagai Ramli, 31, berkata, dia yang berasal dari Tapah, Perak, datang ke bandar raya ini enam tahun lalu sebelum terjebak kegiatan itu setahun kemudian.

Menurutnya, dia mula terjebak kegiatan cina buta apabila menganggur lima bulan sebelum ditawarkan peluang menjadi cina buta kepada seorang kerani yang tinggal di Kuala Lumpur.

Admin:Macam best je jadi cina buta ni ye. tapi betoi ke sah dan dibenarkan dalam agama islam..