Resepi Cara Buat Apam Balik

Kerana permintaan yang menggalakan,apam balik ialah makanan wajip dijual disetiap pasar malam yang ada di malaysia ni. Jadi apakata hari ini kita cuba buat sendiri dirumah dan bolehlah kita makan sepuas-puasnya..



Bahan-Bahan:
2 cawan tepung gandum
½ cawan gula
½ camca kecil soda bikarbonat
1 camca kecil pewarna kuning
1 biji telur
1 ½ cawan air ½ camca kecil baking powder
1 cawan kacang tanah (dimesin)- bahan tabur
1 tin jagung - bahan tabur
1 cawan gula - bahan tabur
Sedikit mentega

Cara:
Mesin gula bersama telur hingga kembang, masukkan soda, air, baking powder dan pewarna kuning. Mesin lagi hingga sebati. Masukkan tepung dan mesin lagi supaya ianya tidak bergentel. Ambil satu senduk dan tuangkan ke dalam kuali kemudian nipiskan. Tutup kuali sebentar. Apabila setengah masak, taburkan bahan taburan tadi. Masaklah hingga kekuningan.