Telaga Aneh Air Berwarna Merah

Seuatu yang pelik dan pengejutkan bagi pemilik sebuah telaga berusia lebih 10 tahun di Kampung Pintu Gerbang, Dalam Ru pasir putih kelantan yang kini menjadi tumpuan orang ramai apabila airnya yang biasanya jernih bertukar kepada warna merah seperti sirap.

pelik aneh

Pemilik perigi berkenaan, Ramli Mohd. Nor, 47, berkata, air telaga sedalam 3.65 meter itu yang selama ini digunakannya untuk menghasilkan keropok secara kecil-kecilan mengalami perubahan tersebut sejak dua minggu lalu.

Lebih menakjubkannya, walaupun berubah warna sehingga dianggap aneh, air tersebut tidak berbau manakala rasanya tawar seperti air biasa.

“Sudah lama saya gunakan air perigi ini yang sememangnya jernih dan sebab itu saya terkejut apabila warnanya tiba-tiba berubah.

“Saya cuba menyedut telaga ini dengan pam untuk membuang air yang berwarna merah tetapi keadaan tetap tidak berubah,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Berikutan kejadian itu, dia menggali telaga itu sedalam semeter lagi dengan harapan airnya akan kembali jernih tetapi ia tidak berlaku.

Menurutnya, kerja-kerja menggali dan mengepam air perigi itu yang dilakukan selama tiga hari dengan bantuan penduduk kampung terpaksa dihentikan kerana tiada perubahan.