Video Kereta Polis Diterbalik Perhimpunan Bersih 3.0

Bergegar di dataran merdeka apabila peserta bersih naik berang setelah sebuah kereta polis telah melanggar 2 perserta kumpulan itu lalu mereka bertindak menterbalikkan kereta polis tersebut..

Bersih 3.0

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berkumpul di Masjid Negara bersama 5,000 orang sekitar jam 3 petang menyeru peserta perhimpunan supaya mara ke Dataran Merdeka walau apapun halangan

“Kita akan mara ke Dataran Merdeka walau apapun”, kata Anwar seperti dilaporkan Bernama

Anwar juga menyeru peserta perhimpunan jangan lemah semangat oleh rasa takut ditangkap oleh pihak berkuasa.

Mstar melaporkan pihak polis terpaksa melepaskan gas pemedih mata dan meriam air kerana perusuh Bersih 3.0 bertindak ganas hingga memaksa mereka berbuat demikian bagi menyuraikan perhimpunan tersebut.

“Mereka bertindak tidak sopan dengan membaling objek kepada polis dan memaksa polis membuka laluan untuk memudahkan mereka bergerak menghampiri Dataran Merdeka,” kata Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh.

Beliau berkata tindakan peserta Bersih 3.0 yang cuba memasuki kawasan permukaan tanah Dataran Merdeka menyebabkan pihak polis terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menghentikan kemaraan mereka.

Sementara itu, kira-kira jam 4.33 petang dalam twitter PDRM (Polis Diraja Malaysia), polis menasihati orang ramai berhati-hati berikutan berlaku satu kejadian rampasan pistol milik seorang anggota polis oleh peserta demonstasi Bersih 3.0 di hadapan kompleks membeli-belah SOGO.

“MAKLUMAT PENTING: Senjata pistol anggota polis telah dirampas oleh peserta perhimpunan di hadapan SOGO. Susulan daripada itu, orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati dengan segala kemungkinan yang boleh berlaku” kata polis yang dipetik dari sumber twitter dan facebook PDRM.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh seperti dilaporkan Mstar berkata sebuah kereta polis juga turut diterbalikkan di hadapan SOGO sekitar jam 4.50 petang.

Sekumpulan penyokong BERSIH 3.0 telah mengepung kereta itu, dan memaksa beberapa anggota polis untuk keluar sebelum bertindak merosakkan dan menterbalikkan kereta tersebut.