Video Ngeri Lelaki Dibaham Paus Ditepi Pantai

Mungkin ini agak berbeza kerana bukan jerung yang mengganas tetapi sekumpulan paus pembunuh menyerbu ketepi pantai lalu membaham seorang lelaki sedang beriadah ditepi pantai.






Sesungguhnya, setiap yang hidup itu, telah pun ditetapkan oleh Allah S.W.T akan mati juga seperti yang telah tertulis dalam takdir Illahi. Namun, tiada siapa yang mengetahui bila, waktu dan saat kita semua akan mati kerana itu semua adalah rahsia dari Allah.

Sebuah video yang menyayat hati, benar-benar meruntun perasaan sedih tatkala melihatkan insiden tragis yang menimpa ke atas seorang lelaki yang sedang bergembira di tepi pantai.

Lokasi dalam video itu tidak dapat dikenal pasti tetapi penulis yakin, kejadian itu berlaku di negara Arab.

Seorang pengunjung pantai kelihatan gembira untuk menikmati aktiviti riadahnya di tepi pantai.

Bagaimanapun, kuasa Allah mengatasi segala-galanya apabila seekor ikan paus pembunuh berenang ke tepi pantai dan seterusnya membahan lelaki tersebut!

Subhanallah! Tiada apa yang mampu diungkapkan melainkan istighfar yang mendalam dalam hati.

Semoga kejadian ini dapat kita sama-sama jadikan iktibar dan berdoa semoga Tuhan sentiasa memberi perlindungan kepada diri kita setiap masa. Insyallah.