Video Yuna Dalam Rancangan Bual Bicara Conan

Rasanya semua orang tahu betapa popularnya rancangan bual bicara yang dikendalikan oleh Conan O’ Brien ini. Bukan senang untuk artis Malaysia dijemput untuk membuat persembahan di salah satu rancangan paling popular di Amerika Syarikat.



Tahniahlah buat Yuna Zarai kerana selesai dalam mempersembahkan nyanyian penuh bersahaja dalam sebuah program bual bicara antarabangsa di USA itu. Yuna dijemput untuk menghiburkan penonton seluruh dunia dengan sebuah lagu Live Your Life dalam Conan O’Brien Show.

Video berdurasi 3:25 minit ini bermula dengan pengacara Conan O’Brien menunjukkan kulit album debut Yuna di Amerika Syarikat yang bakal ke pasaran 24 April ini.jom saksikan video dibawah..