Amalan Pelik Perkahwinan Sesama Mahram

Mungkin pelik bagi kita, tetapi satu kumpulan suku kaum Penan di sebuah perkampungan rumah panjang di kawasan Tinja, Long Baram masih mengamalkan perkahwinan sesama ahli keluarga, termasuk anak dengan ibu, bapa atau sesama saudara kandung.

Kahwin

Mereka hidup secara berpindah-randah walaupun disediakan rumah panjang dan kebanyakannya mempunyai pertalian darah, malah 10 pasangan berkahwin dengan darah daging sendiri.

Ia dipercayai menjadi antara faktor kebanyakan remaja dan kanak-kanak di situ tidak memiliki kad pengenalan kerana mereka biasanya tidak mendaftarkan kelahiran hasil perkahwinan cacamarba itu, selain tidak sempat ke klinik.

Bagi masyarakat tempatan, terutama pada zaman dulu, ia perkara biasa kerana mereka yang hidup nomad dalam jumlah kecil tidak banyak pilihan untuk mencari pasangan hidup, namun ia janggal bagi masyarakat luar.