Amy Search Mus May Dan Ibnor Riza Sertai Umno

Tetiba je nama-nama artis juga sudah terlibat secara langsung di media malaysia dalam dunia politik.

Artis rock popular masuk umno

Terbaru, tiga artis popular ini dikatakan telah menyertai umno atas kerelaan sendiri dan bukanlah dipaksa atau dibeli oleh pihak tertentu.Tak pastilah apakah parti politik yang mereka sertai sebelum ini.Apapun mereka ini sudah pastinya mempunya aura dan pengaruh yang tesendiri kepada jutaan lapisan rakyat malaysia.jom baca petikan berita dibawah..

KUALA LUMPUR - Tiga artis popular tanah air, Amy Search, Mus May dan Ibnor Riza menyerahkan borang keahlian untuk menyertai UMNO di Menara Datuk Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini semalam.

Artis berkenaan menegaskan bahawa keputusan mereka menyertai UMNO adalah atas kerelaan sendiri, bukannya dipaksa oleh pihak-pihak tertentu.

Legenda rock tanah air, Amy Search atau nama penuhnya Suhaimi Rahman berkata, beliau bersama Mus May dan Ibnor Riza bertindak sedemikian kerana menyedari hanya UMNO mampu memberi harapan bukan sahaja kepada orang Melayu malah semua rakyat di negara ini.

"UMNO diibaratkan seperti sebiji buah kelapa, semakin tua semakin banyak santan, kerana itu UMNO sahaja yang dapat membela nasib rakyat.

"Saya masuk UMNO bukan kerana dibeli sebaliknya atas kerelaan saya sendiri," katanya selepas majlis penyerahan borang keahlian UMNO kepada Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Ab. Rauf Yusoh.