Bahaya Beli Goreng Pisang Tepi Jalan

Goreng pisang adalah makanan kegemaran turun temurun rakyat malaysia dari ibu-ibu kita dahulu yang selalu mengoreng sendiri dirumah sehinggalah sekarang ini ia begitu mudah didapati kerana banyak dijual ditepi tepi-tepi jalan.



Oleh kerana mendapat permintaan yang amat tinggi dari penggemar goreng pisang sebagai makanan sampingan dipetang hari. Ramai penjual goreng pisang menjadikan perniagaan ini sebagai punca pendapatan utama mereka.

bagaimanapun sejak akhir-akhir ini timbul keraguan dan kebimbangan kepada penggemar goreng pisang dan makanan bergoreng lain yang dijual ditepi-tepi jalan tentang bahayanya kerana kebanyakan peniaga mengunakan minyak masak untuk menggoreng secara berulang kali.

Media hari ini juga membangkit isu ini sekali lagi,sila baca keratan berita ini.

SERDANG – Tindakan segelintir peniaga mahu berjimat dengan menggunakan minyak masak yang sama berulang kali diibaratkan pembunuh senyap kepada pembeli.

Pengarah Pusat Pengembangan Keusahawanan dan Pemajuan Profesional, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Madya Dr. Nordin Abdul Rahman berkata, penggunaan minyak terpakai menyebabkan peningkatan kadar lemak tepu yang berbahaya kepada kesihatan.

Menurutnya, kecenderungan peniaga menggunakan semula minyak terpakai itu dikesan apabila beberapa orang penyelidik UPM yang sedang melakukan kajian biodiesel mendapati bahan itu begitu sukar ditemui.

“Penyelidik kami tidak dapat bekalan minyak masak tersebut kerana mendapati peniaga tidak akan membuangnya selepas digunakan, malah ia dicampur dengan minyak masak baharu.

“Minyak yang diguna semula menyebabkan peningkatan kolesterol serta serangan penyakit jantung,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Kesedaran dan Pembangunan Halal Negeri Selangor 2012 di sini semalam.- Kosmo


Diharap peniaga-peniaga goreng pisang kita selepas ini akan lebih bertanggung jawap agar tidak menggunakan minyak masak ini secara berulang kali. Jangan jadikan sumber rezeki anda memudaratkan orang lain dan saya cadangkan mereka yang suka sangat makan goreng pisang yang dijual diluar tu, belajarlah goreng sendiri dirumah atau cuba kurangkan kekerapan membelinya..