Cara Kunci Folder Dengan Password Protected

Inilah Cara mudah mencipta Folder Rahsia atau sebuah folder yang dilindungi dengan password yang anda cipta sendiri tampa mengunakan sebarang perisian.

Folder Rahsia

Adakah anda mempunyai fail dokumen penting? tapi tidak tahu hendak simpan di mana, dan bimbang dokumen anda diceroboh oleh pihak lain, atau anda telah mencuba pelbagai jenis perisian untuk kunci dokumen penting, tetapi hampa kerana kesemuanya gagal. saya pasti ramai yang telah mencuba pelbagai jenis perisian untuk kunci folder penting (Folder Locker), kebanyakan perisian disyaratkan supaya anda membeli lesen, ada juga perisian percuma.

Kini anda boleh kunci folder penting tanpa menggunakan sebarang perisian! anda hanya perlu masukkan beberapa kod mudah, selepas itu anda boleh simpan pelbagai maklumat penting dan rahsia di dalam folder yang telah anda setkan password, hanya anda seorang sahaja yang dapat akses ke folder tersebut!

1) Di bawah ini adalah langkah untuk mencipta Folder Locker :
Buat folder baru dan namakannya sebagai Locker


2) Muat turun atau copy kesemua kod dalam link di bawah

Download >> Folder Locker Code
3) Paste kan kesemua kod ke dalam fail Notepad
4) Tukarkan taip password anda di sini kepada password anda sendiri :


5) Kemudian save fail Notepad tadi, pilih nama fail mengikut nama kegemaran anda, dan di akhirnya tambahkan .bat (contohnya : folder-rahsia.bat)

Foleder Rahsia

6) Hasilnya anda akan lihat dua fail yang telah anda cipta, folder dan fail BAT :



7) Untuk kunci folder, anda hanya perlu Double klik pada fail BAT (Notepad), taip Y dan tekan ENTER


8) Manakala untuk membuka folder yang telah anda kunci, Double klik fail BAT (Notepad), kemudian masukkan password anda dan tekan ENTER


Selesai!..kini anda boleh simpan segala data-data dan maklumat penting ke dalam Folder Rahsia yang telah anda cipta. Mudah kan? tanpa menggunakan sebarang perisian!
Selamat Mencuba!..:-)