Gambar Nabi Muhammad S.A.W Dalam Sebuah Buku

Menteri Hal Ehwal Agama Islam Indonesia, Suryadharma Ali melakukan siasatan terhadap penemuan buku memaparkan karikatur Nabi Muhammad S.A.W, di sebuah sekolah rendah di Solo, semalam.

karikatur Nabi Muhammad S.A.W


“Kementerian akan melakukan siasatan dan menarik balik buku itu,” katanya. Menurut Suryadharma, buku bertajuk Interesting Childhood Stories of Prophets tidak pernah diluluskan pengedarannya oleh kementerian.

“Saya khuatir ia ia bakal mengganggu keamanan rakyat sehingga menimbulkan kemarahan umat Islam,” katanya.


Diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a bahawa Nabi Muhammad bersabda yang bermaksud: “Barang siapa mimpi bertemu aku, maka dia benar-benar melihatku kerana sesungguhnya syaitan tidak boleh menyerupaiku.” (Riwayat Ahmad, Bukhari dan Tirmidzi).

Sekilas Soal Jawab Nabi Muhammad Dengan Syaitan Laknatullah

Dipendekkan cerita syaitan telah diarahkan oleh Allah SWT untuk menemui Nabi Muhammad bertujuan untuk memberitahu segala tipu daya syaitan terhadap umat Nabi Muhammad.

Syaitan memberi salam kepada Nabi Muhammad namu salam tersebut tidak dijawab malah Nabi Muhammad mengherdik syaitan supaya tidak memperdaya baginda. Terdapat beberapa soalan yang diajukan kepada syaitan di antaranya :-

Siapakah musuh sebenar syaitan?

Musuh sebenar syaitan adala umat Nabi Muhammad dan Nabi Muhammad lah sebesar2 musuh syaitan. Syaitan boleh menyerupai apa sahaja bentuk, suara manusia, binatang namun satu-satunya yang syaitan tidak boleh menyerupai adalah Rasululah. Sekiranya syaitan menyerupai rupa Rasulullah pasti syaitan akan terbakar lalu menjadi abu.

Apakah bentuk perbuatan syaitan kepada makhluk Allah terutamanya umat Nabi Muhammad.

Antara bentuk perbuatan syaitan kepada umat Nabi Muhammad adalah menggoda manusia supaya leka dengan solat, leka dengan makan minum, goda manusia supaya minum arak, berbuat zina, berbuat derhaka kepada ibu bapa, pergaulan bebas dan sebagainya.

Kenapa syaitan bersusah payah melakukan perkara yang tidak berfaedah dan menambahkan laknat serta azab besar di neraka yang paling bawah?

Sekalian makhluk termasuk syaitan telah dijadikan oleh Allah SWT. Namun keengganan syaitan tunduk kepada umat manusia selaku khalifah di muka bumi menyebabkan syaitan disingkirkan serta dilaknat oleh Allah SWT. Syaitan berasa sangat marah dan bersumpah akan menyesatkan umat Nabi Muhammad hingga hari kiamat.

Sebelum Nabi Muhammad lahir ke dunia, syaitan dan bala tenteranya dapat naik dan turun dengan mudah ke langit untuk mencuri segala rahsia serta tulisan yang menyuruh manusia berbuat ibadah serta balasan pahala dan syurga mereka. Tetapi apabila syaitan turun ke bumi, syaitan memanipulasikan fakta yang sebenarnya dan menyampaikan kepalsuan kepada manusia. Namun selepas Rasulullah lahir sahaja syaitan tidak dibenarkan oleh Allah untuk naik ke langit serta mencuri rahsia kerana banyak malaikat yang menjaga setiap lapisan pintu langit. Jika syaitan berkeras juga untuk naik maka malaikat akan melontar dengan anak panah daripada api yang menyala.

Apakah perkara pertama yang syaitan akan tipu manusia?

Hamba akan palingkan iktikadnya, imannya kepada kafir sama ada dari segi perbuatan, perkataan, kelakuan atau hatinya. Jika tidak berjaya hamba akan tarik dengan cara mengurangkan pahala. Lama kelamaan manusia akan terjerumus lalu mengikut kemahuan hamba.

Jika umatku sembahyang kerana Allah SWT, bagaimanakah hal engkau syaitan?

Ia ada;ah sebesar-besar kesusahan kepada hamba. Gementarlah badan hamba dan lemah tulang sendi hamba. Maka akan kerahkan berpuluh-puluh syaitan datang menggoda seorang manusia pada setiap anggota badannya supaya malas sembahyang, was-was, terlupa rakaat sembahyang, sentiasa hendak habis slat dan sebagainya.

Jika umatku membaca Al-Quran kerana Allah , apalah rasa engkau wahai syaitan?

Jika mereka membaca Al-Quran kerana Allah, maka rasa terbakarlah seluruh badan hamba, putus-putus segala urat hamba lalu hamba lari daripadanya.

Jika umatku mengerjakan haji kerana Allah, bagaimana hal engkau wahai syaitan?

Binasalah diri hamba, gugurlah daging dan tulang hamba kerana mereka telah mencukupkan rukun Islamnya.

Jika umatku berpuasa kerana Allah, bagaimana dengan engkau wahai syaitan?

Inilah bencana yang paling besar bahayanya kepada hamba. Apabila masuk awal Ramadhan, maka memancarlah cahaya Arasy dan Kursi, bahkan sekalian malaikat menyambut kesukaan. Bagi orang yang berpuasa, Allah akan mengampunkan dosanya yang lalu dan digantikan pahala yang amat besar serta tidak dicatatkan dosanya selama ia berpuasa.

Yang menghancurkan hati hamba segala isi langit dan di bumi yakni malaikat, haiwan, tumbuh-tumbuhan, bulan, bintang, burung dan ikan-ikan siang malam akan mendoakan keampunan bagi orang yang berpuasa.

Hamba dan tentera hamba, jin, syaitan dan ifrit akan ditangkap oleh malaikat yang diperintahkan oleh Allah lalu kami akan dipasung kaki dan tangan dengan besi panas dan dirantai serta dimasukkan ke bawah bumi yang amat dalam.