Kemalangan Bas Rombongan Ahli Wanita Umno

Perjalanan lebih 80 peserta rombongan yang selesai menghadiri Majlis Perhimpunan Ulang Tahun Umno ke-66 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur bertukar tragedi dua bas mereka kemalangan menyebabkan seorang penumpang warga emas maut manakala 77 lagi cedera.

Video Kemalangan Wanita Umno
“Saya menjerit berulang kali supaya pintu dibuka segera kerana tidak dapat bernafas akibat asap yang mula memasuki ruang dalam bas,” kata Jamaliah Kassim, 54, penumpang bas yang menceritakan detik cemas ketika terbabit dalam kemalangan tersebut


Difahamkan, dalam kejadian jam 2.58 pagi, kedua-dua bas membawa rombongan dari Terengganu dan Johor menuju ke Melaka dan Batu Pahat.

Sejurus tiba di lokasi kejadian, bas membawa peserta dari Terengganu dikatakan hilang kawalan lalu melanggar belakang sebuah treler sebelum dirempuh pula bas membawa peserta dari Johor dari arah belakang.

Kejadian itu menyebabkan wanita warga emas, Roa Dol, 79, dari Batu Pahat, Johor, dipercayai tercampak keluar manakala 77 lagi penumpang, rata-ratanya wanita, termasuk pemandu bas, cedera.

Roa yang dikejarkan ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) disahkan meninggal dunia lebih dua jam kemudian di hospital terbabit.

Menurut Nurfarahim dari Kampung Langgor, Hulu Terengganu yang juga anggota rombongan dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Berang, Terengganu itu, mereka dalam perjalanan ke Bukit Katil, Melaka selepas menghadiri sambutan berkenaan.

“Ketika kejadian, semua peserta rombongan lena tidur dan sejurus mendengar dentuman kuat, ramai penumpang dilihat meraung kesakitan,”