Rita Terkejut Aidil Zafuan Batal Permohonan Cerai

Dari perbualan dengan pihak media dalam video dibawah ternyata Rita Rudaini terkejut atas tindakan Aidil apabila membatalkan permohonan cerai yang dibuatnya.

Rita Rudaini Cerai

Rita berkata, dia berasa ‘kelakar’ dan keliru apabila suaminya, Mohamad Aidil Zafuan Abdul Razak menarik balik permohonan cerai yang dikemukakan.

“Saya tengok dia seperti tidak serius, sekejap nak cerai, selepas itu tarik balik. Pada masa sama dia kemukakan pula permohonan supaya saya kembali taat dan tinggal di rumah, sedangkan yang meninggalkan rumah (adalah) dia bukan saya,”

dan Dari pengakuan Rita, Aidil sama sekali belum berbincang dengannya untuk kembali menjalinkan hubungan untuk taat sebagai seorang isteri kepadanya(Aidil).

“Saya masih sayangkannya. Kalau boleh saya nak kembali bersama Rita dan anak-anak,” kata pemain bola sepak kebangsaan, Mohamad Aidil Zafuan Abd Razak ketika ditemui di luar Mahkamah Rendah Syariah


Dia yang mesra dengan panggilan Aidil ditemui selepas menarik balik permohonan bercerai dengan isterinya, aktres popular, Rita Rudaini Mohamad@Mokhtar.

Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad membenarkan permohonan Aidil, 25, namun memerintahkannya selaku plaintif membayar kos kerugian RM250 kepada Rita, 36, kerana menarik balik kes itu di saat akhir iaitu kelmarin, sehari sebelum sebutan kes.

Ketika ditemui di luar mahkamah, Aidil berkata, dia berharap dengan penarikan balik permohonan cerai itu, hubungan dia dan Rita pulih.

“Kalau Rita setuju dengan permohonan kembali taat (yang difailkannya semalam), perkara ini selesai. Saya nak dia dan anak-anak balik ke rumah saya di USJ1 (Subang). Sekarang dia menetap di rumah sewa di Damansara,”




Admin: memang rumit, apapun diharap rumah tangga mereka kembali jernih seperti sedia kala disuatu hari nanti.

Bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora, buang yang keruh ambil yang jernih, ingatlah saat-saat indah bersama pasti anda tersenyum sendiri..Ikhlas dari MTB