Video Ngeri Ferrari Langgar Teksi Di Singapura

Sebuah kereta Ferrari 599GTO limited edition yang dipandu oleh rakyat kaya dari China bernama Ma Chi yang menetap di sana telah melanggar sebuah teksi walaupun jelas di situ, lampu isyarat sudah beberapa saat bertukar merah. Video ini secara tak langsung telah menaikkan sentimen anti-pendatang.

Kemalangan Ngeri

Dalam kejadian ini, Ma Chi telah meninggal dunia, begitu juga seorang pelancong dari Jepun, penumpang teksi tersebut. Impak pelanggaran itu juga telah mencederakan penunggang motosikal yang kebetulan dilanggar teksi yang dilanggar Ferrari tersebut. Pemandu teksi tersebut menghadapi pendarahan otak kritikal dan kini berada di hospital.