Cara Tawan Memikat Hati Wanita Pendiam

Anda suka pada seseorang? tetapi sukar untuk meluahkannya kerana si dia tidak mudah didekati dan di bawa bicara kerana sifatnya yang sangat pendiam.

Sifat Wanita Gadis Pikat Kekasih Cinta Pemalu

Orang pendiam ini sememangnya tidak dinafikan sukar untuk di dekati. Lagi si dia tahu kita menyukainya lagi si dia menjauhkan diri. Tapi jangan pula kamu salah faham kerana si dia menjauhkan diri tidak semestinya si dia tidak menyukai kamu.

ebenarnya orang pendiam ini malu-malu kucing. Luaran sahaja dia tidak mahu tetapi dalam hati sebenarnya suka. Jadi kamu seharusnya bijak memainkan peranan kalau benar-benar minat dengannya dan yang paling penting harus berusaha lebih.

Nak tahu caranya? Ikuti 10 trik berikut:

1. Permulaannya jangan terus menegur. Mulakan dengan memberikan senyuman pada si dia tetapi senyuman perlulah ikhlas. Jangan memberikan senyuman tersengeh, bahaya! Jangan menampakkan kamu seperti menggodanya.

2. Tanya latar belakang si dia pada teman-teman rapat dengannya. Namun jangan menampakkan sangat kamu berminat. Sambil berbual-bual kosong selit-selitkanlah soalan-soalan berkenaan si dia.

3. Bila sudah tahu serba sedikit tentang si dia maka lebih senang untuk kamu mendekatinya. Caranya kamu pura-pura meminta pertolongan pada si dia. Misalnya kamu tahu dia pakar komputer maka kamu mintalah dia selesaikan masalah komputer yang kamu hadapi.

4. Kemudian, sebagai membalas budi cuba beranikan diri untuk mengajak si dia keluar makan tengahari dengan rakan-rakan kamu. Andai si dia menolak jangan terus menerus mendesaknya. Kamu belilah makanan fast food dan letakkan di atas mejanya. tuliskan satu nota niat kamu ikhlas sekadar membalas budi.

5. Keesokkannya kamu berlagak seperti biasa dan jangan menegurnya. Kalau terserempak hanya melemparkan senyuman. lakukan selama seminggu.

6. Masuk hari kelapan kamu datang semula kepadanya. Kemudian sekali lagi kamu meminta bantuan darinya. Kali ini kamu cuba berbual panjang dengannya. Misalnya tanya tentang keluarganya, latar belakangnya biar pun kamu telah mengetahuinya.

7. Ajak si dia sekali lagi keluar makan. kali ini hanya kamu dan si dia sahaja.

8. Kalau dia menolak maknanya mungkin dia telah berpunya tetapi sekiranya dia terima pelawaan kamu maknanya kamu mempunyai peluang yang cerah. Cuba tawan hatinya dengan sifat lemah-lembut kamu. Kebiasaannya orang pendiam suka dengan orang peramah tetapi sopan santun.

9. Setelah keluar hubungan semakin rapatkan? Tetapi tunggu dulu. Jangan kamu cepat meluahkan perasaan kepadanya. Seeloknya berkawan dahulu. Kenal hati budinya dan sesuaikan diri dengannya.

10. Andai si dia sudah conferm sesuai dengan diri kamu baru luahkan apa yang terbuku di hati selama ini. Jangan mendesak dia untuk memberikan jawapan. Berikan dia masa untuk berfikir. Paling penting untuk menawan perasaan orang perlu banyak bersabar dan tidak gelojoh. Lakukan perlahan-lahan. Ibarat menarik rambut dalam tepung. “Tepung tidak berselerak, rambut tidak putus”.