Gadis Melahirkan anak Ketika Sedang Berjalan

Seorang remaja perempuan melahirkan bayi ketika dia berjalan di sebuah jalan di daerah Bağcılar Istanbul sebelum meninggalkan bayi itu di kaki lima.



Gadis berusia 16 tahun itu dilaporkan memaklumkan ibu bapanya mengenai kehamilannya pada malam itu, dan mereka bertiga dilaporkan menuju ke pusat kesihatan apabila gadis itu melahirkan bayinya ketika dia sedang berjalan.

Kamera menunjukkan tiga orang (gadis itu dan ibu bapanya) merenung bayi di kaki lima dan kemudian berjalan meninggalkan bayi yang berlumuran darah itu. Gadis itu dilaporkan pulang terus pulang ke rumah, di mana dia menukar pakaian sebelum dibawa ke hospital oleh ibu bapanya.