JAMBATAN KEDUA PULAU PINANG TERPANJANG DAN ANTI GEMPA BUMI

Jambatan kedua Pulau Pinang akan menjadi yang terpanjang di dunia selain yang pertama menggunakan teknologi mampu menyerap gegaran gempa.



Produk penahan gempa tersebut dikenali sebagai Galas Getah Redaman Tinggi (HDRB) melalui penggunaan sistem pengasingan seismik yang berkesan berupaya melindungi struktur jambatan daripada kerosakan jika terjadi gempa bumi. produk itu yang dihasilkan sepenuhnya di dalam negara dipasang pada setiap dek jambatan itu adalah peralatan inovatif melindungi bukan sahaja struktur tetapi juga isi kandungan dalam struktur.Teknologi ini juga dipercayai akan digunapakai dalam pembinaan jambatan lain di dalam dan luar negara.

Jambatan kedua tersebut berharga RM4.5 bilion sejauh 23.5 km dengan 16.9km struktur marin dibina bersama oleh UEM Builders Bhd dan CHEC Pembinaan (M) Sdn Bhd mulai tahun 2008 dijangka siap sepenuhnya pada September 2013.

Apabila siap nanti ia akan dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas yang berlaku di negeri ini. Jambatan itu yang juga terpanjang di Asia Tenggara, menghubungkan Batu Maung di bahagian pulau dengan Batu Kawan di bahagian tanah besar.

Sehingga ke hari ini kerja pembinaan jambatan telah 79.5 peratus siap dan pihaknya menyasarkan struktur jambatan dapat disiapkan pada akhir bulan Mac 2013.