Kembalikan Fail Yang Hilang Atau Yang Anda Telah Delete

Delete bukan satu cara menghapuskan fail secara kekal kerana fail itu dengan dapat dikembalikan dengan mengunakan bermacam aplikasi yang dapat anda download di internet antaranya aplikasi Restoration. Dibawah ialah gambar Screenshot alikasi (Restoration).



Lihatlah bertapa mudahnya fail yang telah anda padam dikembalikan dengan hanya menggunakan aplikasi tertentu.Bukan setakat itu sahaja, bahkan segala fail atau data yang telah kita format juga dapat dikembalikan dengan mengunakan aplikasi tertentu seperti alikasi (Rescovery Myfiles)

Kebaikannya aplikasi ini pula ia akan dapat mengembalikan data kita yang terpadam secara tidak sengaja dengan menaip nama fail yang hilang tersebut.sudah menjadi lumrah setiap yang baik itu jika disalah gunakan akan menjadi satu pekara yang tidak sepatutnya dilakukan.

Langkah-langkah pencegahan yang harus diambil untuk mengelakan fail peribadi anda ditemui orang lain ialah;

1. Sekiranya anda ingin menjual handphonedigital camera,  pastikan memori card tidak disertakan sekali.. kalau pembeli ingin memori kad tambahkan harga handphonedigital tersebut untuk membeli kad yang baru.
2. Jangan sewenangnya meminjamkan handphone atau digital kamera atau laptop/pc kepada orang lain…kita tidak tahu mungkin mereka ini mahir dalam selok belok mengakses semula fail-fail yang ada di dalam storan
3. Sekiranya anda terpaksa meminjamkan atau mejual peralatan digital ini beserta dengan memori kad..pastikan anda padam secara kekal segala memory di dalam memory card atau harddisk dengan menggunakan software yang khusus sebagai cth Ccleaner. Di dalam software ini ada satu fungsi untuk memadam secara kekal fail-fail yang ada di dalam sesuatu storage. Walaupun ia tidak menjanjikan 100 peratus berkesan tetapi ia adalah jalan terbaik dari hanya delete secara biasa.
4. Dan yang paling penting tak usahlah mengada-ngada merakam kan aksi terlampau di dalam h/phone atau digital kamera…anda mungkin seronak beraksi dan anda juga seronok menonton semula..tapi ingat kalau aksi ini dapat di tonton orang lain..baru tahu langit tinggi rendah..ingat sekiranya fail-fail aksi terlampau ini tersebar.. peluang untuk anda mengambilnya semula adalah kosong..
Kepada semua peralatan membantu kita dalam banyak hal tetapi kalau kita menyalah guna atau tidak tahu menggunakannya..kesan yang buruk akan menimpa kita.Diharap dengan penerangan serba ringkas ini dapat menyedarkan kita semua tentang pekara ini agar kita dapat lebih berhati-hati dihari mendatang..