Komputer Tablet Surface Pencabar ipad Apple

Microsoft mempamerkan komputer tablet pertamanya, Surface,di Los Angeles dalam usaha mereka bersaing dengan iPad keluaran Apple.

samsung galaxy mini tab New Baru

Ketua Pegawai Eksekutif Microsoft, Steve Ballmer, menggambarkan pencabar ipad itu - dilengkapi penutup yang juga berfungsi sebagai papan kekunci - sebagai tablet yang berfungsi untuk “kerja dan bermain-main.” Surface juga menjadi nama kepada komputer skrin sesentuh yang dikeluarkan Microsoft untuk pasaran bisnes di restoran, kedai, bar serta tempat lain. Orang ramai yang menghadiri majlis di sebuah studio Hollywood itu begitu teruja ketika pelbagai ciri Surface dibentangkan.


Majlis berkenaan juga sempat membuat Presiden Windows dan Windows Live, Steven Sinofsky, cemas seketika apabila model pertama Surface yang diperkenalkannya gagal bertindak balas terhadap sentuhan.

Sinofsky berhenti seketika bagi mengambil unit lain dan lega apabila alat itu berfungsi sepenuhnya. Surface beroperasi menggunakan perisian Windows RT yang dihasilkan untuk cip peranti mudah alih ARM. Menurut Ballmer, Surface adalah peranti perkomputeran baru yang diperkenalkan Microsoft.


“Ia menyatukan kelebihan perkakasan dan perisian yang saling bersaing,” katanya. Microsoft tidak menyatakan secara khusus bila Surface akan berada di pasaran tetapi dipercayai dijual serentak dengan pengeluaran perisian Windows 8 akhir tahun ini.