MegaUpload Bertukar Kepada MegaBox

Kim Dotcom, iaitu pengasas MegaUpload berkongsi akan paparan antaramuka pertama perkhidmatan Megabox melalui akaun Twitter beliau, dan masih tidak diketahui bilakah ia akan dilancarkan kepada umum.

Kim Dotcom MegaBox MegaUpload,Berganti,Tukar,Baru,Terbaru,Muat Turun,Music Download


Sebelum ini, pengasas MegaUpload pernah berkongsi beberapa info menarik berkaitan MegaBox, mengatakan perkhidmatan terbaru tersebut kelak akan menawarkan sokongan untuk artis menjual lagu mereka, disamping turut menjana pendapatan dengan menawarkan lagu mereka secara percuma (duit dikongsikan bersama daripada pendapatan iklan). Namun, ia tidak diketahui MegaBox yang akan diperkenalkan kelak akan turut menyertakan fungsi tersebut atau akan diubah serba sebanyak padanya.

Sama-sama kita nantikan MegaBox daripada pengasas MegaUpload yang popular sebelum ia disita oleh pihak berkuasa awal tahun ini.