Model Kereta Volkswagen CC Terbaru Dimalaysia

Volkswagen Malaysia meluaskan lagi pasaran kenderaan penumpangnya di pasaran tempatan apabila melancarkan model CC baharu, selepas memperkenalkan model Passat dan Jetta tidak berapa lama dulu.

Kereta Kenderaan Pandu Uji Laju Pantas Lumba

Volkswagen CC baharu ditawarkan dengan enjin 1.8 TSI yang berkuasa dan impresif, digandingkan bersama-sama kotak gear automatik DSG 7-kelajuan dengan teknologi dwi-klac, termasuk teknologi ‘adaptive chassis control (ACC)’ yang memastikan pengalaman pemanduan lebih mengujakan. Kuasa yang terhasil sebanyak 160PS dan 250Nm tork maksimum, sudah cukup untuk membolehkan model sedan bergaya Coupe itu memecut dari 0-100 km dalam tempoh hanya 8.5 saat, seterusnya mencecah kelajuan maksimum 223 km/j.

Sebuah model yang mementingkan keselamatan penumpang di dalamnya, Volkswagen CC baharu tersedia ciri-ciri keselamatan termaju di mana sebahagiannya adalah seperti ESP (Electronic Stabilization Programme), ABS (Anti-lock Braking System) dan EDL (Electronic Differential Lock). Juga terdapat enam beg udara untuk perlindungan maksimum terhadap pemandu dan penumpang.

Untuk pilihan pelanggan yang mempunyai citarasa berbeza namun berada di dalam kelas tersendiri, dua versi ditawarkan iaitu Comfort dan Sport, masing-masing dijual pada harga RM225,888.00 dan RM243,888.00, tidak termasuk kos insuran, cukai jalan dan lain-lain kos pendaftaran.