Osman Kering Belum Mati Dan Masih Hidup

Osman kering yang dilapurkan sudah meninggal sebelum ni sebenarnya masih hidup dan kini dilaporkan sudah kembali pulih dan stabil.



Difahamkan, doktor telah mencuci buah pinggang Osman pagi tadi dan kini dia berada wad ICU, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM). Untuk pengetahuan, kelmarin kecoh mengenai khabar angin mengatakan Osman Kering telah meninggal dunia namun itu semua telah dinafikan apabila anak perempuannya, Nur Ain, mengesahkan sendiri bahawa Osman masih hidup. Apa pun, mari kita doakan agar Osman Kering semakin sihat.