Otak Dan Jantung Jadi Santapan Rakan Sebilik

Mengerikan seorang pelajar di USA telah membunuh dan makan teman sebiliknya tanpa sebab-sebab yang diketahui.

Ngeri Ganas Kejam Makan Orang Organ

Memang gila dan jenayah yang sangat kejam! Kejadian pembunuhan kejam dan kanibalisme kini semakin berleluasa di Amerika Syarikat.

Akhbar The Sun melaporkan, seorang penuntut Universiti Morgan, mengaku telah membunuh teman sebiliknya dan turut memakan otak serta jantung mangsa.

Alexander Kinyua, 21, dituduh melakukan pembunuhan kejam kelas pertama ke atas Kujoe Bonsafo Agyei-Kodie itu tanpa motif jelas oleh mahkamah pada Rabu lalu.

Dalam perkembangan terbaru, polis antarabangsa (Interpol) kini turut memburu bintang pornografi warga Kanada selepas disyaki merakamkan perbuatan kejam membunuh dan mengerat mayat rakannya.

Minggu lalu, seorang pemuda di Miami ditembak mati oleh pihak berkuasa selepas dia dilihat menggigit muka seorang lelaki yang hidup gelandangan secara tiba-tiba.

Melayukini.net – Akibat tiadanya pegangan agama dan percaya kepada hari akhirat, inilah akibatnya. Manusia bertindak menggunakan akal fikiran dan berlaku kejam sesama manusia. Satu tragedi yang tidak boleh dipandang enteng oleh kerajaan USA.

Dibawah ini ialah wajah sebenar pelajar yang tergamak memakan organ rakannya sendiri.