Penjara Setahun Kerana Hina Sultan Perak

http:// books.dreambook.com/duli/ duli.html ialah pauatan kepada satu halaman yang dikatakan tempat Chan Hon Keong dan isterinya Hui Suang menulis komen lucah menghina sultan perak.

Penjara 1 tahun Kata Lucah

Chan Hon Keong seorang jurutera dan isterinya Hui Suang dijatuhi hukuman penjara setahun dan denda RM50,000 oleh Mahkamah Sesyen selepas dia didapati bersalah terhadap pertuduhan menghina Sultan Perak, Sultan Azlan Shah tiga tahun lalu.

Hakim Ikmal Hishan Mohd. Tajuddin menjatuhkan hukuman itu ke atas Chan Hon Keong, 29, selepas meneliti fakta dan hujah yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan dan pembelaan.

Menurut Ikmal Hishan, kesalahan yang dilakukan oleh tertuduh adalah serius kerana ia turut melibatkan kepentingan awam.

http:// books.dreambook.com/duli/ duli.html kini telah disekat dari dilawati "scram!"