Perompak Dapat RM47.900 Larikan Mesin Atm

Sekumpulan empat lelaki yang terdesak untuk mendapatkan wang segera telah bertindak nekad melarikan sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) mengandungi wang RM47,900 di Stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM) Subang Jaya



Aksi kesemua perompak yang berusia lingkungan 30 hingga 50 tahun tersebut berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) premis itu pada pukul 3.55 pagi.

Difahamkan, kumpulan perompak bertopi itu menggunakan sebuah kenderaan berat untuk melarikan ATM itu dalam tempoh kurang tiga minit.

Suspek-suspek didapati menyarung ATM tersebut sebelum mengikatnya dengan kabel untuk ditarik.

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintendan Tan Ah Chua berkata, suspek dianggap profesional kerana berjaya melarikan ATM dalam tempoh singkat tanpa membuatkan alat penggera berbunyi.-Kosmo