PLANET PALING PANAS DI ALAM SEMESTA KITA

Ahli astronomi yang terlibat dalam projek Super Wide Angle Search for Planets (SuperWASP) telah berjaya menemui planet terpanas yang dikenali sebagai WASP-33 b. Suhu planet tersebut mencapai 3,200 darjah Celcius, lebih panas daripada suhu beberapa bintang lain.

Bintang Angkasa Tahi Komet Star Cahaya Panas Menbara Hangat Pijar Pedas

Salah satu sebab yang menyebabkan panasnya suhu planet itu adalah suhu bintang induknya yang juga panas. Ahli astronomi mengatakan, suhu bintang induk planet itu adalah setinggi 7,160 darjah Celsius, lebih tinggi daripada suhu matahari yang “hanya” 5,600 darjah Celsius. Jarak antara planet ini dengan bintangnya juga hanya 7 peratus jarak planet Mercury ke Matahari.

Kewujudan planet itu telah diketahui sejak tahun 2006 yang lalu namun baru dapat dipastikan pada tahun 2010. Dikatakan, planet tersebut tergolong dalam sejenis planet gas dengan kapasiti kurang dari 4.1 kali kapasiti Jupiter.

Kajian tentang planet ini diketuai oleh Alexis Smith dari Universiti Keele di Stafordshire, England. Berdasarkan kajian, ahli astronomi juga mengetahui bahawa waktu peredaran planet ini sangat singkat, iaitu hanya 29.5 jam.

Drake Demming dari Goddard Space Flight Center NASA di Greenbelt, Maryland yang tidak terlibat dalam penyelidikan ini mengatakan, “WASP-33 b boleh membantu ahli astronomi mengkaji planet panas yang ciri-cirinya masih lagi misteri.“

Hal yang boleh dipelajari misalnya ada planet yang berorbit dekat dengan bintangnya yang memiliki lapisan atmosfera luar lebih sejuk dari lapisan dalamnya. Ini mengejutkan kerana planet tersebut seperti “dipanaskan” dari luar.

Deming mengatakan, fakta itu ada kaitan dengan wujudnya keadaan asas karbon yang mengubah cara atmosfera memberi respons kepada radiasi. Keadaan kimia tertentu boleh terbentuk akibat sinar ultraviolet dari bintangnya.

“Ini pasti akan menjadi planet yang ingin anda lihat. Ini adalah peluang yang sangat baik untuk kita mengkaji planet yang mengorbit pada bintang yang terlalu panas,” ucap Deming dalam sebuah sesi wawancara dengan majalah New Scientist.

Melayukini.net – Yang paling penting perlu kita ketahui dan merupakan satu fakta yang dinyatakan dalam al Quran iaitu neraka itu panas dan kepanasannya tidak terkata oleh pancaindera. Bertaubatlah sebelum terlambat dan cukupkan kita dengan amal yang baik. Jangan lupa berdoa memohon rahmat Allah kerana yang memasukkan kita ke dalam syurga kelak bukan lah sebab banyaknya amalan kita, tetapi kerana rahmat dan kasih sayang Allah.