Resepi Cara Buat Kerabu Mangga


Resep,Pelam,Buahan,Manis,Urap,Asinan,Pepaya,Pisang,Salak,Kedondong

Kerabu Mangga.

2 Biji Mangga Muda dicincang

4 Biji Bawang Merah dihiris halus

6 -10 Biji Cili Padi (ikut citarasa kalau nak pedas tambah cilinya)

Segenggam Udang kering digoreng dan ditumbuk / ikan bilis pun boleh

Sebatang Serai Dihiris nipis, sedikit halia dan lengkuas dicincang (semuanya digoreng dan ditumbuk halus)

Sebiji Buah limau nipis ( Diambil air Perahannya)

2 Sudu Besar Cuka Makan ( terpulang kepada citarasa atau mangga tak berapa masam)

2 Sudu Gula

Sedikit Garam

Selepas Mangga di buang kulitnya, rendam seketika di dalam air garam, kemudian Cincang halus dan memanjang.

Masukkan bawang merah, cili padi, garam, gula, cuka makan dan gaulkan.

Masukkan Udang kering,halia,serai dan lengkuas yang telah ditumbuk serta air perahan asam limau, gaulkan lagi sehingga sebati.

Siap dah hidangkan bersama nasi dan lauk yang lain teruatamanya Ikan Siakap Bakar.